Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
saya mendapat berita kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori treler dan sebuah kereta yang berlaku lewat malam tadi. Jumlah korban agak besar, menyebabkan saya bergegas ke tempat kejadian yang tidak jauh dari rumah saya.
Setibanya di sana, lori treler masih lagi belum dialihkan, manakala sisa kenderaan dan gerai buah yang roboh masih tidak diurus. Beberapa orang termasuk seorang dua kenalan turut berada di sana.
"Anak murid cikgu jugak, budak Batu 15. Budak Batu 15 pun ada." Kata seorang kenalan memberitahu.
Berderau hati mendengar berita bahawa kemalangan tersebut meragut nyawa beberapa orang murid sekolah saya. Tanpa berlengah, saya terus ke rumah mereka. Setibanya di rumah seorang mangsa, saya mendapatkan khabar lebih jelas. 7 orang mereka dalam sebuah Honda Stream terbunuh manakala seorang lagi cedera ringan tetapi trauma. Pelajar saya yang terbunuh ialah Muhamad Kamil Samsuri,15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad,15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi,15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof,16; Badrul Isa Sulaiman,20; dan adiknya Mohd. Hadi,17 manakala Khairul Faiz, 17 tahun cedera. Pemandunya, Mohd. Hisham Mat Zaki,23 merupakan abang angkat kepada Badrul dan Hadi.
Saya mendapat makluman daripada Nasarudin, abang arwah Kamil bahawa mereka dikebumikan dalam satu liang dan disembahyangkan di masjid Batu 14, Lekir setibanya dari Hospital Manjung.

![]() |
![]() |
Honda Stream yang terbalik |
![]() |
Bahagian belakang Honda Stream |
![]() |
Rempuhan dari treler yang membawa tong gas. |
![]() |
Terdapat cebisan mangsa di kereta En. Osman |
![]() |
marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk mangsa ini..al-fatihah