Ayah seorang insan istimewa bagiku...dia seorang yang bertanggungjawab,perihatin,sanggup mengorbankan tenaganya demi mencari rezeki yang halal untuk kepentingan keluarganya agar hidup senang dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.Jika kita kehilangan seorang ayah kita akan berasa kita telah kehilangan satu kasih sayang buat dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita..Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada ayah kita selain daripada ibu kita.Kita janganlah menghiraukan ia sedangkan dia mencari rezeki tanpa meminta balasan apa-apa..Cuma seorang ayah juga memerlukan dorongan,sokongan untuknya supaya terus berusaha mencari rezeki yang halal..Kita kalau kehilangan seorang ayah kita akan berasa sungguh sedih kerana apabila ia meninggal baru kita rasa bagaimana rasa kehilangan orang tersayang itu.Ia sungguh perit,sukar,sungguh berasa sungguh tersiksa kerana kehilangan kasih sayang seorang ayah.Tetapi,kita juga haruslah sentiasa tabah,kuatkan diri,dan sabar dalam ujian ini kerana kita semua pun tahu setiap manusia di muka bumi ini akan merasai mati.Kita hendaklah sentiasa berdoa agar ayah kita sentiasa dilindungi oleh Allah dan tenang di alam barzakh..Maka itu,kita mestilah sentiasa taat kepada ayah kita selain daripada ibu kerana hilangnya seorang yang tersayang dalam hidup.Beruntunglah kamu!kamu!atau kamu!kerana mempunyai seorang ayah walaupun ayahmu tidak pernah mengambil berat tentangmu.Kerana ayah bergitu berharga dan tidak boleh dijual beli..Kamu sungguh beruntung kerana mempunyai seorang ayah dan jagalah ayahmu dengan baik dan berilah ia kasih sayangmu dengan sepenuhnya agar ia sentiasa berasa gembira.
Sampai di sini sahaja coretanku..Assalammualaikum w.b.t..
Jazakallah.