/b:section> -->
  • Twitter
  • Fanpage
My Secret 0nly

Saturday, 24 November 2012

0
Komen

Cikguku


                                      kami ada Dua Orang Cikgu yang sungguh baik dan comel..
                 Dari Kiri=Cikgu Zuriana,Isma,Hamizah,Nadhirah,dan saya,juga Cikgu Mimie
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {20:27} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0
Komen

Outing Time

Assalammualaikum w.b.t..

Hari tu Azira bersama rakan rakan keluar sebab kan cuti sekolah nih tak ada buat apa2 so kami cadanglah pergi out sama2..antara kawan2 yang ikut gi Outing ialah Ardila,Nadhirah,Isma,Marissa dan juga saya..hehhe..ermm..ada sedikit gambar yang  nak dikongsikan antaranya ialah:-

                                              dari kiri=Nadhirah,Marissa,Ardilah,dan saya



haha..gambar nih Ardilah cantikler..saya tak seberapa tapi tetap bersyukur

Outinng yang sangat bestlah...Hurmmm...sampai disini sahajalah entry yang dpt saya coretkan..semoga berjumpa lagi pada entry yang akan datang...assalammualaikum w.b.t..


like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {20:19} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 20 November 2012

0
Komen

Beberapa Keajaiban Peperangan di Gaza


Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza 

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. 


Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : 

Peristiwa 1 :
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2 :
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3 :
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4 :
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5:
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6 :
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. 

Allahu Akbar!!! 

like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {17:06} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0
Komen

KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG

Assalammualaikum w.b.t...

  Ya Allah beginikah rasaya apabila orang yang disayangi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya...Ya Allah aku redha dengan setiap dugaan yang menimpa diriku...aku sabar dah tabah dalam menjalani semua ini...Baru aku rasa betapa sedihnya orang lain yang sedih kerana kehilangan orang-orang yang tersayang...Sekarang aku dah rasa apa yang dialami orang orang orang yang pernah merasakannya juga...

  Aku telah kehilangan seorang bapa yang paling kucintai dan yang paling aku sayang..Aku tahu setiap yang hidup didunia pasti akan mati.Ya Allah aku redha,aku redha dengan semua ketentuanmu itu..Walaupun, aku telah kehilangan seorang bapa tetapi aku bersyukur dan alhamdulillah kerana aku masih mempunyai seorang ibu..

   Jadi yang masih mempunyai kedua-dua orang ibu bapa haruslah bersyukur kerana  Allah masih mengurniakan nikmat kasih sayang kepada kita....

  Sampai disini sahaja lah coretanku..Assalammualaikom w.b.t..



12.10.2012=kehilangan orang tersayang
13.10.2012=hari lahirku(hari jadi)


  Semoga arwah bapaku tenang disana dan sejahtera disana dengan rahmatmu Ya Allah...sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih...Al-Fatihah..wasalam






like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {16:18} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 21 July 2012

2
Komen

tips ibadah wanita 'uzur' di bulan Ramadhan


Bismillahirrohmanirrohiim..


"Sesiapa yg bergembira dgn dtgnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya drp api neraka." [HR Ibn Majah]  


Alhamdulillah.. Setelah meniti Rejab & Sya'ban, selangkah demi selangkah, akhirnya kita telah pun Allah izinkan untuk sampai ke bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah.. :)

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat. Kepada muslimat yang 'bercuti', insyaAllah, kita masih boleh beribadah & memanfaatkan kemuliaan & mengutip sebanyak mana rahmat & redha Allah. Jadi, janganlah bersedih ya..



Wanita Haid Pun Dapat Pahala Puasa Penuh.

Ummulmukminin Aisyah radiallahu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan; 
"Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]

Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud: 
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari]

Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.

Subhanallah! Begitulah pemurahnya Allah subhanallahu wata'ala. Dia amat menghargai keikhlasan hamba-hambaNya.

InsyaAllah, dikongsikan juga di sini Tips atau senarai semak ibadah bagi wanita yang 'uzur' (didatangi haid) di waktu bulan Ramadan. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat. insyaAllah.. :)


--------------------------------


TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' Di Bulan Ramadan.

1) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan. 

2) Banyakkan berdoa & memohon keampunan (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqomah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.
Disebutkan di dalam hadis; 

"Doa di antara azan & iqomah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi] 


3) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;

i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.
ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.
iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.


Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]


4) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-matsurat pagi & petang.

5) Berdoa & beristighfar.

6) Mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)

7) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.

8) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.


Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]

9) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat.   
 





InsyaAllah, kedatangan haid bukanlah bermakna peluang untuk kita beribadah & mengumpul pahala akan berkurang. Maka, janganlah menjadikan 'keuzuran' itu sebagai penghalang untuk kita sebagai muslimat untuk melakukan kebaikan.

Ayuh! Ramadan yang mulia itu telah tiba... bergembira & berbahagialah menyambut ketibaannya & menitinya selama 30 hari ini, fastabiq al-khairat! insyaAllah.

Apapun, janganlah sampai kita menjadi Ramadaniyyin sedangkan kita sebenarnya adalah Rabbaniyyin untuk sepanjang bulan. Maknanya, janganlah kita hanya bersemangat pada bulan ini saja.
Namun, manfaatkan peluang yang diberikan Allah untuk merebut ganjaran yang Allah subhanallahu wata'ala sediakan untuk meningkatkan keimanan & amalan supaya berkekalan untuk dibawa ke bulan-bulan seterusnya. 

Sesungguhnya rahmat, keampunan & pintu syurga dibuka seluas-luasnya di bulan ini. Syaitan & sekutunya juga dibelenggu sepanjang bulan ini. Maka, bolehlah sekiranya mahu menguji sejauh mana kuatnya keimanan kita sebenarnya..

Dahulu & perbaiki amalan, ibadah yang wajib serta tingkatkan amalan, ibadah yang sunnah. InsyaAllah.

Selamat menjalani ibadah puasa & meningkatkan iman & amal disisiNya, insyaAllah.

Ramadan kareem, Allahu akram!

Senyumlah... 

Bukankah cinta Allah sedang menanti...? :')

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


-------------------------


like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {00:26} 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 26 May 2012

0
Komen

Apabila Diri Ini Dihina

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.


 Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

 Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:


  1.  Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
  2.   Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
  3.  Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya. 
  4. Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni. 
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {00:04} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 25 May 2012

0
Komen

Hidup Ini Adalah Padang Ujian




Uluwatu-1.JPG
Dalam kehidupan kita, adakah setiap hari kita membahagiakan. Atau banyak daripada hidup kita ini adalah dukalara? Atau, kita tidak begitu pasti sama ada hidup kita bahagia atau merana?

Hakikatnya, hidup kita mungkin membahagiakan. Bagaimana pun, kerana ada sesekali kita ditimpa kecewa, kita merasakan hidup kita kian kosong. Seolah-olahnya kitalah manusia yang sedang diuji dengan dugaan yang berat, sedangkan orang lain tidak. Kita memadamkan semua cerita bahagia yang berlaku sepanjang hidup kita.

Orang yang lambat berkahwin merasakan bahawa merekalah manusia paling kecewa. Mereka yang tidak mampu melahirkan zuriat merasa sangat tertekan. Mereka yang miskin merasa merekalah yang paling miskin dan tidak berharga.

Bagaimana pula, kalau tiba-tiba kita dianugerahkan dengan kebahagiaan yang besar. Pernahkah kita merasa bahawa kita juga sedang diuji? Pernahkah kita berfikir bahawa kita antara manusia paling istimewa yang dipilih takdir dengan ujian yang teruk juga?

Tidak bukan.

Setiap manusia sedang merentas padang ujian. Ada yang diuji dengan musibah. Ada yang diduga dengan kebahagiaan.

Hakikatnya ia sama sahaja. Ia sama ada kita menyedari atau tidak. Itu sahaja yang menjadikan kebahagiaan tidak dirasai, dan sedikit kekecewaan disimbah dengan rasa diri tidak berharga.

Kita semua manusia bukan?

like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {23:59} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 12 May 2012

0
Komen

ya Allah Layakkah Aku disisimu


                                               


Salamun alaik..Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan RahmaTnya,Subhanallah..Sungguh..saat ini ana keliru dengan perasaan sendiri..entah apa yang bermain difikiranku..Apepun.,moge Ttetap tsabat di jalanNya..insya Allah..Taubat?Ana harap dapat sentiasa melafazkan kalimah pengampunan kepadaNya setiap detik..setiap minit dan insya Allah setiap mase.Ya Allah..teguhkan keimananku dalam menghadapi segalanYa..Allah..Allah..Allah..Jangn pernah Kau tinggalkan aku sendirian...

 Izinkan ku ucap kata tobat sebelum Kau memanggilku..
Kembali pada-Mu, menutup waktuku
 Izinkan kuserukan nama-Mu sebelum nyawa dalam tubuhku Kau ambil,
 kembali pada-Mu Kar’na kutahu, hanyalah pada-Mu Tempatku mengadu,
 tempatku mengeluh Di dalam do’aku…

 Dan demi nafas,
yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku
 Ku berjanji ku akan menjadi yang terbaik Menjalankan s’gala perintah-Mu

 Menjauhi s’gala larangan-Mu
Adalah sebaris do’aku untuk-Mu
 "Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"...- Ustaz Asri Rabbani

 "Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..." (Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

 ‎"Berbahagialah orang yang telah sempurna cinta kepadaNYA.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub(persesuaian),batin antara dirinya dengan Allah.

" Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia![Ustaz Pahrol]

 ‎"Apa pun yang (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (As Syura : 36)

 "Demi Allah, dunia ini di akhirat kelak hanyalah seperti air yang melekat pada jari telunjuk salah seorang dari kamu yang dimasukkan ke dalam samudera luas. Oleh itu hendaklah dia merenungi bekalan apakah yang hendak dibawa untuk menghadap Tuhannya." (HR. Muslim)

 "Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya." (Imam Syafie) ‎"

 Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,sebuah Kitab (alQuran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. "(al A'raaf : 52 )

 Kebahagiaan itu sebenarnya ialah pada mereka yang boleh bersyukur & bersabar. Bersyukur atas nikmat & bersabar atas ujian. Bersyukur atas kesenangan & bersabar atas kesusahan. (Susah itu tarbiyyah..Sabar itu indah)

 ‎"Taubat itu seperti perahu yang dilengkapi semua perlengkapan dan perbekalan, serta dikemudikan oleh pelaut yang mahir. Perahu taubat itu berlayar mengharungi lautan keagungan Allah, layarnya adalah cinta yang dalam kepada-Nya, terbentang ditiup angin nan lembut, iaitu angin kerinduan hamba kepada-Nya."(Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.)

 Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

 Moge Allah kasih pada Hamba yang lemah ini.Ana tak layak bergelar solehah.lagi tak layak untuk digandingkan dengan lelaki soleh..Apepun..ana harap dapat yang terbaik dalam mengejar redhaNya..insya Allah..Barakallah..
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {18:49} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 6 April 2012

4
Komen

muslimah,mahalkah mahar maruahmu :(

Alhamdulillah , didetikkan hatiku untuk menulis artikel tentang maruah seorang muslimah .Muslimah, kamu itu cantik sebenarnya. Walaupun kau tutup seluruh auratmu, sesungguhnya yang tertutup itu lebih terjaga kualitinya daripada yang terdedah.
Di sini, inginku coretkan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang ataupun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam .
Wahai muslimah sahabatku, mari kita faham perspektif pemikiran lelaki terhadap wanita. Sepertimana yang kita tahu, lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan madu cinta daripada seorang Hawa . Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak berpanjangan.Sepertimana lebah, dia tidak akan hinggap pada bunga yang telah diambil madunya. Dia akan pergi ke bunga lain untuk mendapatkan madu.  Itu gambaranku. Ima yakin, ramai sahabat Ima yang faham apa yang Ima gambarkan itu.
Madu itu maruah seoarang wanita. Yang sememangnya maruah wanita muslimah itu sangatlah cantik. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta ? Baiklah, Ima sangat faham situasi ini kerana Ima sendiri pernah mengalami pengalaman begini. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah Taala dan bimbingan Ummi Ima serta sahabat-sahabat, Ima sudah nampak jalan penyelesaian.

Begini sahabatku sayang, masih belum terlambat untuk kamu berubah niat. Ima faham, perasaan cinta itu satu fitrah. Ima tidak dapat menafikan fitrah tersebut. Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Mengapa tidak ? Lihat di sekeliling kita, apa yang Allah Taala berikan kepada kita ? Macam-macam nikmat dan pinjaman-Nya kepada kita yang tidak terhitung. Lihat pula pada ujian-ujian yang ditimpakan kepada kita. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja. Itu merupakan salah satu daripada tanda cinta Allah kepada hamba-Nya tetapi ramai hamba-Nya yang tidak menyedari akan hakikat itu .
Cinta manusia . Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Didengar dan dikongsi setiap kali kesedihan dirintih. Kamu yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas ? Kamu yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kamu ? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya , betapa menyampahnya dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut .
Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kamu mesti ada prinsip kamu yang tersendiri dan kekalkan prinsip kamu walau digoda bagaimana cara sekalipun. Misalnya, prinsip kamu adalah " Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat nih". Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. Semoga bermanfaat buat kalian. Wallahu'alam.

like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {19:31} 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0
Komen

jarak-itu-menjaga-aku-dan-dia

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]


Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku

Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.

Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.


Saat aku dan dia menjauh

Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.

Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.


Jarak ini menjaga aku dan dia

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {19:30} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0
Komen

Islam Indah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Kalaulah Nabi Musa muncul kepada kamu, lalu kamu mengikutnya dan meninggalkan daku, sudah tentu kamu akan sesat dari jalan yang betul; dan kalaulah Nabi Musa masih hidup lagi dan berada dalam masa aku menjadi Nabi, sudah tentu ia menurutku." (Jabir r.a)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya." Riwayat Bukhari

Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya. Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T. Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya', ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda "Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara". Riwayat Muslim

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): ""Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama ISLAM
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 132)
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {19:22} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0
Komen

Bersabarlah Dengan Ujian Allah Dan Berdoalah Kepada Allah

Assalamualaikum,

di dalam surah Al-ma'aarij ayat ke 19 Allah berfirman,

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.

Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, (Al-ma'aarij ayat ke 20)

dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, (Al-ma'aarij ayat ke 21)

Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.(Al-ma'aarij ayat ke 5)

fitrah manusia diciptakan Allah yang sentiasa berkeluh kesah dalam segala hal urusan keduniaan, jadi manusia itu haruslah sentiasa memperingati selalu akan ingatan Allah bahawa mereka boleh tenang jika mereka itu sentiasa berdoa dan beriman pada jalanNya.

1. Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

2. Ingatlah! Hanya untuk Allah agama yang bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung itu berkata: “Kami tidak menyembah mereka (tuhan-tuhan palsu) melainkan untuk mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan- bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (al-Zumar:3).

3. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (surah al-Baqarah: 186).

juga hadis Nabi ada memperingatkan kita supaya sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah azza wa jalla dalam kehidupan kita semasa di dunia

1. "Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud. (Riwayat Muslim).

2. Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

3. Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya. (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).


maka jelas lah disini ayat al-quran serta hadis baginda yang memperingatkan kita semua supaya sentiasa memohon doa dalam kala kita kesedihan, kesengsaraan, kedampaan, dan macam-macam lagi.

tidak hairanlah kita semua ditimpa kesusahan atau kepayahan,

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).

Allah azza wa jalla tidak pernah melupakan hambaNya yang ditimpa kesusahan di dunia, bagi mereka yang beriman Allah akan menjanjikan syurga pada mereka. ini sungguh jelas lagi yakin kerana dalam sabda Nabi SAW berbunyi

“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)”(Riwayat Muslim).


jadi sama-samalah berdoa kepada Allah dalam keadaan kita yakin

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”.
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
kita dalam hidup kadangkala ada kesedihan dan dugaan bermacam-macam, tetapi kita sebagai hamba Allah yang mengakui diri kita beriman hendaklah yakin akan balasan ALlah kepada orang-orang beriman/mukmin seperti orang-orang yang terdahulu.

Apa lah sangat jika nak di bandingkan syurga dengan dunia, paling-paling hidup di dunia sektar dalam 60-70 ke atas jadi kita jangan sia-siakan hidup kita dalam keadaan sedih yang melarat hingga lalai akan tugasan kita sebagai hambaNya.

kita boleh lihat sejarah hidup Nabi Musa yang terkenal dengan dugaannya hingga umurnya 40 tahun baru doanya di kabulkan oleh Allah, dalam keperitan hidup baginda tidak pernah berputus-putus untuk berdoa kepada Allah.

Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)
“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).

Oleh itu, dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {19:15} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 28 March 2012

10
Komen

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

               soalan:assalammualaikom..aih..mkn ape tuh..ajak ler syer skali(muka tak malu..haha)


like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {05:17} 10 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 10 March 2012

0
Komen

Doodle story..ONLINE , bila nak chat OFFLINE lak_forever alone



Assalamualaikum...

Haaa..Belum habis baca lagi entri nie korang dah mula nak imbas kembali . Pernah ke alami keadaan nie??ehehe.. Tipu lah kan kalau Wan kata Wan tak pernah alami situasi nie..Dulu dulu selalu jugak Wan alami perkara nie..Tak kisahlah dengan boy ke dengan girl ke..Tetap situasi yang sama.."forever alone"..eceh..ehehe.




Masa mula mula tu nampak online.so mulalah nak ajak borak..Kan ke boring..Jadi carilah muka muka yang comel nak ajak borak..hehehe..Memilihlah sangat, korang nie nak ajak member berborak padahal tak kenal pun..sebarang je nak add dan app member..hahhaa.




Tak sampai sesaat nak chat terus orang tu OFFLINE...rasa macam nak bunuh diri je lah waktu tu..ahhaha..Lagi lagi kalau korang suka sangat kat seseorang tu dan sanggup menunggu saat orang tu nak online..bila dah online..Semangat korang nak chat tu melambung lambunglah..mula lah nak chat..bila nak chat baru send satu chat orang tu terus OFFLINE..hahaha..Tak ke rasa macam korang nie begitulah tak penting..ahahhaha..Ada tak rasa macam tu??

Tak gitu semua??pernah alami??


P/S: jadi kalau korang semua ada pengalaman dan pendapat mari kongsikan kat ruangan komen bawah nie..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Dew More Win More!.Dew More Win More!.Atau klik button Donate..

Papai

credit:Wan Hazel
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {20:01} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
0
Komen

puteri islam

hai!!assalammualaikom...ari ini ari Rabu..oh yeah..ari ini ada persatuan unit beruniform aku iaitu Puteri Islam yg comel...hahah...pasan jek dak nih...aku cuma ahli biasa..ehh!!tdk aku AJK ahli Puteri Islam lah...hahaha...ok lah ni gambar arirabu ari tuh..sjer reupload balek skrg..sbb baru skrg ada masa nak upload...ermmm..k lah maleh nak tulis pepanjang sgt...ok ari ini saya ada pantun pagi..

Lima ekor anak ikan,
Jatuh seekor tinggal empat;
Salam ku hulur tanda ingatan,
Moga terhibur duhai sahabat.

hahai,babai,kenkawan kuh..

assalammualaikom
like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {19:44} 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
1
Komen

Siapa yang cantik??

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

credit:iluvislam.blogspot.com

like lah kalau suka entry nih

Posted by n0raziera at {05:25} 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

baca!!baca!!

The Girl kart0n

Glitterfy.com - SpongeBob Glitter Graphics
Myyyyyyyyyy name is n0razira bt baharuddin. Can call me era or azira. I'm 15 years old *still young :). From Sitiawan, Perak, MALAYSIA. School at SMK Ahmad Boestamam. Purple and PINK. I'm Happy-go-Lucky person. My idol such as Dato' Siti Nurhaliza. The first is prophet Muhammad. ♥

Glitterfy.com - SpongeBob Glitter Graphics

Glitterfy.com - SpongeBob Glitter Graphics

Glitterfy.com - SpongeBob Glitter Graphics

n0razira bt baharuddin

peng0men terbaekk

lagu

jumlah blogger

 orang sdg menyemak diblog aku

baca lah

"/>hey korang!!kalau dah mas0k belog tuan rumah nih...follow lah dan tinggalkan jejak di shoutbox untuk senang kita follow korang balek kehh..harap korang suka nan blog nih..l0ve you forver n ever^_^

LIKE!!LIKE!!

pengunjung ku:-

my wishlist

semua lulus dalam peksa
mencapai 100 followers

Penyejuk Duka

Facebook Badge

Azira Baharuddin

Create Your Badge

Followers

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2012 (26)
    • ▼  November (4)
      • Cikguku
      • Outing Time
      • Beberapa Keajaiban Peperangan di Gaza
      • KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG
    • ►  July (1)
      • tips ibadah wanita 'uzur' di bulan Ramadhan
    • ►  May (3)
      • Apabila Diri Ini Dihina
      • Hidup Ini Adalah Padang Ujian
      • ya Allah Layakkah Aku disisimu
    • ►  April (4)
      • muslimah,mahalkah mahar maruahmu :(
      • jarak-itu-menjaga-aku-dan-dia
      • Islam Indah
      • Bersabarlah Dengan Ujian Allah Dan Berdoalah Kepad...
    • ►  March (9)
      • BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER
      • Doodle story..ONLINE , bila nak chat OFFLINE lak_f...
      • puteri islam
      • Siapa yang cantik??
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (17)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  October (11)

follow

my updates:
terima kasih daun keladi,lain hari masok lagi blog nih^_^
.img {filter:alpha(opacity=100); -webkit-transition-duration:.5s; -moz-opacity:1.00; opacity:1.00;} img:hover {filter: alpha(opacity=100); opacity:1.00;} .img:hover {filter:alpha(opacity=60); -moz-opacity:0.6; opacity:0.6;}