Bismillahirrohmanirrohiim..
"Sesiapa yg bergembira dgn dtgnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya drp api neraka." [HR Ibn Majah]
Alhamdulillah.. Setelah meniti Rejab & Sya'ban, selangkah demi selangkah, akhirnya kita telah pun Allah izinkan untuk sampai ke bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah.. :)
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat. Kepada muslimat yang 'bercuti', insyaAllah, kita masih boleh beribadah & memanfaatkan kemuliaan & mengutip sebanyak mana rahmat & redha Allah. Jadi, janganlah bersedih ya..
Wanita Haid Pun Dapat Pahala Puasa Penuh.
Ummulmukminin Aisyah radiallahu anhu didatangi haid ketika haji. Beliau menceritakan;
"Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam menemuiku yang sedang menangis. Baginda bertanya: 'Kenapa denganmu? Adakah kamu sedang 'uzur'?' 'Ya.'. Lalu baginda memujuk: "Inilah hakikat yang Allah telah tetapkan atas anak-anak perempuan Adam." [HR al-Bukhari]
Dalam hadis lain, baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang hamba itu sakit atau bermusafir, Allah tulis siap-siap pahala amalannya seperti mana yang dia lakukan ketika sihat & bermukim." [HR al-Bukhari]
Haid ialah penyakit yang menghalang seorang wanita daripada melakukan ibadah rutinnya termasuklah berpuasa di bulan Ramadan. Sekiranya beliau sememangnya komited dengan ibadah ketika sihat (suci), pahala amalannya tetap berterusan walaupun ketika dia sedang 'uzur'.
Subhanallah! Begitulah pemurahnya Allah subhanallahu wata'ala. Dia amat menghargai keikhlasan hamba-hambaNya.
InsyaAllah, dikongsikan juga di sini Tips atau senarai semak ibadah bagi wanita yang 'uzur' (didatangi haid) di waktu bulan Ramadan. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat. insyaAllah.. :)
--------------------------------
TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' Di Bulan Ramadan.1) Menjawab azan bagi setiap solat & berdoa selepas azan.2) Banyakkan berdoa & memohon keampunan (selepas membaca doa selepas azan) di antara waktu selepas azan & iqomah kerana waktu tersebut adalah waktu mustajab untuk berdoa, insyaAllah.Disebutkan di dalam hadis;"Doa di antara azan & iqomah tidak ditolak." [HR at-Tirmidzi]3) Membantu, menggalakkan & mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan. Antaranya;i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]4) Berzikir & berselawat dari semasa ke semasa. Membaca al-matsurat pagi & petang.5) Berdoa & beristighfar.6) Mendengar bacaan al-Quran (di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)7) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.8) Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas & gembira.Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." [HR at-Tirmidzi]9) Jaga hati, iman, akhlak, tutur kata & aurat.
InsyaAllah, kedatangan haid bukanlah bermakna peluang untuk kita beribadah & mengumpul pahala akan berkurang. Maka, janganlah menjadikan 'keuzuran' itu sebagai penghalang untuk kita sebagai muslimat untuk melakukan kebaikan.
Ayuh! Ramadan yang mulia itu telah tiba... bergembira & berbahagialah menyambut ketibaannya & menitinya selama 30 hari ini, fastabiq al-khairat! insyaAllah.
Apapun, janganlah sampai kita menjadi Ramadaniyyin sedangkan kita sebenarnya adalah Rabbaniyyin untuk sepanjang bulan. Maknanya, janganlah kita hanya bersemangat pada bulan ini saja.
Namun, manfaatkan peluang yang diberikan Allah untuk merebut ganjaran yang Allah subhanallahu wata'ala sediakan untuk meningkatkan keimanan & amalan supaya berkekalan untuk dibawa ke bulan-bulan seterusnya.
Sesungguhnya rahmat, keampunan & pintu syurga dibuka seluas-luasnya di bulan ini. Syaitan & sekutunya juga dibelenggu sepanjang bulan ini. Maka, bolehlah sekiranya mahu menguji sejauh mana kuatnya keimanan kita sebenarnya..
Dahulu & perbaiki amalan, ibadah yang wajib serta tingkatkan amalan, ibadah yang sunnah. InsyaAllah.
Selamat menjalani ibadah puasa & meningkatkan iman & amal disisiNya, insyaAllah.
Ramadan kareem, Allahu akram!Senyumlah...Bukankah cinta Allah sedang menanti...? :')
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
-------------------------
2 comments:
Salam...
bonde nak share boleh :)
boley jer...